Tuesday, 28 October 2014
Tuesday, 11 October 2011
Saturday, 8 October 2011
ECO TOURISM KUALA MUDA, KEDAH.
LOKASI: MUARA SUNGAI MERBOK
AKTIVITI: RIADAH PASIF DAN MEMANCING
Sungai Merbuk dan kawasan sekitarnya dikenali sebagai Lembah Bujang. Ianya menyimpan khazanah yang bernilai kerana dipercayai di sini bermulanya tamadun negeri Kedah. Di sekitar Lembah Bujang terdapatnya candi dan tapak pengkajian arkeologi.
Manakala muara Sungai Merbok menjanjikan permandangan yang indah dan nyaman serta mampu memberi ketenangan. Terdapatnya kemudahan penginapan chalet terapung yang sesuai untuk kaki pancing yang ingin menghabiskan waktu semalaman dengan aktiviti pancing. Kemudahan yang disediakan termasuklah perkakasan memasak dan BBQ. Tak Sesuai untuk percutian keluarga kerana agak berbahaya bagi kanak-kanak dan orang yang mabuk laut.

Friday, 7 October 2011
SENJA DI PANTAI MURNI, YAN, KEDAH
Senja di Pantai Murni, Yan, Kedah
Setelah selesai tugasan rasmi, tiba lah aku di sebuah pekan kecil di bahagian barat negeri Kedah. Itulah Yan namanya, terletak di kaki Gunung Jerai dan berhampiran dengan Lembah Bujang sebuah tempat yang mempunyai cerita lagenda dan sejarah Negeri Kedah.
Ketika itu, waktu sudah lewat petang yang menghampiri senja. Terdetik di hati, pastinya suasana mentari memasuki lautan akan dapat dilihat. Tanpa mahu melepaskan peluang ini, aku terus menuju ke pantai. Hasilnya, inilah yang kudapat iaitu gambaran keindahan alam ketika senja di Pantai Murni, Yan Kedah.
Friday, 6 May 2011
PARKINSON DISEASE
Parkinson Disease (PD)
Maklumat Penting kepada Pesakit dan Perawat
Mengenali penyakit PD
Penyakit ini sebahagian dari penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gangguan saraf. PD berlaku disebabkan oleh kerosakan pada salah satu daripada tisu otak yang berfungsi mengeluarkan hormon dopamine. Dopamine merupakan unsur penting bagi menghantar isyarat kepada otot yang seterusnya menghasilkan tenaga dan pergerakan.
Symptom
Pesakit PD mengalami masalah melakukan pergerakan otot, sama ada kesukaran bergerak ataupun gagal untuk bergerak bergantung kepada tahap penyakitnya. Ianya juga menyebabkan kesukaran untuk berfikir atau membuat keputusan di samping kekurangan tenaga atau letih. Selain itu, pesakit yang mencapai tahap tinggi akan berlakunya getaran tak terkawal pada anggota badan terutama tangan dan kaki.
Kaedah Rawatan
Berbagai kaedah telah diamalkan dan sedang dalam proses kajian. Salah satu kaedah rawatan pada peringkat awal penyakit ini adalah pengambilan ubat yang dikenali sebagai Madopar. Kaedah rawatan ini bukanlah untuk tujuan penyembuhan tetapi sebagai bantuan sokongan untuk pesakit melakukan aktiviti harian. Kadar pengambilan bergantung kepada keupayaan pesakit. Pengambilan ubat ini adalah ketika perut kosong, kerana ianya bertindakbalas dengan sistem usus dan menyerap menerusi dinding usus (sama dengan penyerapan zat dari makanan) dan diangkut ke otak menerusi tisu darah (sama agen pengangkut protien). Pesakit yang mengambil ubat ini akan merasai kesannya selepas 30 minit hingga sejam. Dalam tempoh itu pesakit tidak boleh mengambil sebarang makanan bagi memberi peluang kepada dopamine diserap semaksima mungkin.
NOTA: SEKADAR MAKLUMAT ASAS SAHAJA

Subscribe to:
Posts (Atom)