Mutiara kata

Banner created with MyBannerMaker.com

Tuesday 11 October 2011

Saturday 8 October 2011

ECO TOURISM KUALA MUDA, KEDAH.
LOKASI: MUARA SUNGAI MERBOK
AKTIVITI: RIADAH PASIF DAN MEMANCING

Sungai Merbuk dan kawasan sekitarnya dikenali sebagai Lembah Bujang. Ianya menyimpan khazanah yang bernilai kerana dipercayai di sini bermulanya tamadun negeri Kedah. Di sekitar Lembah Bujang terdapatnya candi dan tapak pengkajian arkeologi.

Manakala muara Sungai Merbok menjanjikan permandangan yang indah dan nyaman serta mampu memberi ketenangan. Terdapatnya kemudahan penginapan chalet terapung yang sesuai untuk kaki pancing yang ingin menghabiskan  waktu semalaman dengan aktiviti pancing. Kemudahan yang disediakan termasuklah perkakasan memasak dan BBQ. Tak Sesuai untuk percutian keluarga kerana agak berbahaya bagi kanak-kanak dan orang yang mabuk laut.




















































Friday 7 October 2011

SENJA DI PANTAI MURNI, YAN, KEDAH

Senja di Pantai Murni, Yan, Kedah

Setelah selesai tugasan rasmi, tiba lah aku di sebuah pekan kecil di bahagian barat negeri Kedah. Itulah Yan namanya, terletak di kaki Gunung Jerai dan berhampiran dengan Lembah Bujang sebuah tempat yang mempunyai cerita lagenda dan sejarah Negeri Kedah.

Ketika itu, waktu sudah lewat petang yang menghampiri senja. Terdetik di hati, pastinya suasana mentari memasuki lautan akan dapat dilihat. Tanpa mahu melepaskan peluang ini, aku terus menuju ke pantai. Hasilnya, inilah yang kudapat iaitu gambaran keindahan alam ketika senja di Pantai Murni, Yan Kedah.