Mutiara kata

Banner created with MyBannerMaker.com

Friday 6 May 2011

PARKINSON DISEASE

Parkinson Disease (PD)
Maklumat Penting kepada Pesakit dan Perawat

Mengenali penyakit PD
Penyakit ini sebahagian dari penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gangguan saraf. PD berlaku disebabkan oleh kerosakan pada salah satu daripada tisu otak yang berfungsi mengeluarkan hormon dopamine. Dopamine merupakan unsur penting bagi menghantar isyarat kepada otot yang seterusnya menghasilkan tenaga dan pergerakan.

Symptom
Pesakit PD mengalami masalah melakukan pergerakan otot, sama ada kesukaran bergerak ataupun gagal untuk bergerak bergantung kepada tahap penyakitnya. Ianya juga menyebabkan kesukaran untuk berfikir atau membuat keputusan di samping kekurangan tenaga atau letih. Selain itu, pesakit yang mencapai tahap tinggi akan berlakunya getaran tak terkawal pada anggota badan terutama tangan dan kaki.


Kaedah Rawatan
Berbagai kaedah telah diamalkan dan sedang dalam proses kajian. Salah satu kaedah rawatan pada peringkat awal penyakit ini adalah pengambilan ubat yang dikenali sebagai Madopar. Kaedah rawatan ini bukanlah untuk tujuan penyembuhan tetapi sebagai bantuan sokongan untuk pesakit melakukan aktiviti harian. Kadar pengambilan bergantung kepada keupayaan pesakit. Pengambilan ubat ini adalah ketika perut kosong, kerana ianya bertindakbalas dengan sistem usus dan menyerap menerusi dinding usus (sama dengan penyerapan zat dari makanan) dan diangkut ke otak menerusi tisu darah (sama agen pengangkut protien). Pesakit yang mengambil ubat ini akan merasai kesannya selepas 30 minit hingga sejam. Dalam tempoh itu pesakit tidak boleh mengambil sebarang makanan bagi memberi peluang kepada dopamine diserap semaksima mungkin.

NOTA: SEKADAR MAKLUMAT ASAS SAHAJA

No comments:

Post a Comment